Sabtu, 22 Februari 2014
Tidur adalah proses fisiologi....
Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Ini kerana semasa manusia tidur , organ-organ dicergaskan semula(revitalized) .Kajian mendapati apabila lambat tidur ,pencergasan semula organ terganggu. Ini kerana pencergasan semula berlaku pada waktu tidur. Tidur yang panjang pula dapat memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung ataupun angin ahmar.Tidur yang menyihatkan adalah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat pagi. Ini kerana serangan jantung dan angin ahmar sering berlaku antara jam tiga hingga enam pagi.
Jumaat, 21 Februari 2014
Persaingan dalam kehidupan moden
Persaingan dalam kehidupan moden menyebabkan tekanan atau stress yang berlebihan.Apabila saudara berasa tertekan atau runsing ,banyak-banyaklah membaca Hasbunallah wa ni'mal wakiil dengan keyakinan ALLAH pasti menolong, memenuhi keperluan dan merungkaikan kesempitan di dada saudara.Laksanakan dan buktikan kepada diri sendiri.
Sabtu, 15 Februari 2014
ADA 6 JENIS......
Ada 6 jenis emosi yang apabila dibiarkan akan memudaratkan kesihatan. Misalnya marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung. Takut yang berlebihan dapat menyebabkan kemurungan. Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang.Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru. Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati .Maka dengan mengawal emosi , badan akan menjadi bertambah sihat.
Penjagaan Kesihatan
Menjaga kesihatan adalah melindungi diri daripada udara panas dan sejuk , menghindari angin pada waktu malam dan meminimumkan kesan pencemaran. Pemakanan yang tidak seimbang sama ada kurang makan , makan secara berlebihan ataupun komposisi makanan yang tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan mengganggu keseimbangan tubuh dan mendatangkan penyakit.
Langgan:
Ulasan (Atom)