Rabu, 19 Mac 2014

Antioksida dalam Teh Hijau Lebih Tinggi daripada Teh Hitam

Teh adalah minuman kesihatan yang baik.Ini kerana ia mengandungi antioksida yang dapat meneutralkan radikal bebas . Kandungan Antioksida dalam Teh Hijau Lebih Tinggi daripada Teh Hitam. Walaubagaimanapun teh juga mengandungi tannin yang menghalang penyerapan  zat besi . Jadi , jangan minum teh sesudah makan sate. Ini kerana sate mengandungi zat besi yang baik bagi kesihatan. Apabila saudara minum teh sesudah makan sate ,penyerapan zat besi  sate terhalang .

Jumaat, 14 Mac 2014

Barah adalah penyakit berbahaya

Barah adalah penyakit berbahaya. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan bagi menanganinya pula adalah tinggi. Jadi eloklah ia dicegah. Salah satu cara menanganinya adalah dengan memakan PASLI yang masih segar. Pasli mengandungi miristin ,asid folat dan vitamin A serta C . Pengambilan pasli mentah mengurangkan risiko barah.

Sabar dengan segala ujian melalui..

Aspek kerohanian mempengaruhi kehidupan terutamanya kesihatan mukmin. Jalan kerohanian mukmin di tandai sikap sabar dengan segala ujian melalui cara berusaha , berdoa dan bertawakal.

KETAHUILAH yang kita terdedah kepada radikal bebas ........

Lobak  merah kaya dengan beta karoten iaitu sejenis antioksida yang baik. Jadi , biasakanlah meminum segelas air lobak merah setiap hari. Antioksida didalam air lobak merah dapat meneutralkan radikal bebas.KETAHUILAH yang kita terdedah kepada radikal bebas akibat pencemaran ,gelombang elektromagnetrik dan asap rokok.Pengambilan lobak merah juga menguatkan daya ingatan kanak-kanak.

Isnin, 10 Mac 2014

Memakan Pisang

Memakan pisang adalah kebiasaan yang baik. Pisang mengadungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah.Pisang juga kaya dengan serat.Ini memudahkan kita membuang air besar,Selain itu , pisang mengadungi kalium semulajadi yang baik bagi kesihatan jantung.Secara puratanya ,setiap 100 gram pisang mengandungi 400  miligram kalium. Ini cukup bagi memenuhi keperluan kalium orang dewasa.