- Sarapan- Makan makanan yang berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan.
- Makan tengahari- Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur -sayuran dan buah-buahan.
- Makan malam-Kurangkan kuantiti makanan .
Selasa, 6 Mei 2014
Diet Yang Tidak Seimbang
Ramai orang mengamalkan diet yang tidak seimbang, Mereka memakan pelbagai jenis makanan hingga kekurangan khasiat yang perlu.Pada masa yang sama nutrien lain pula yang diambil dalam kuantiti yang berlebihan.Ini menimbulkan masalah kesihatan.Aturlah pemakanan seperti berikut:-
Isnin, 7 April 2014
Bahan yang masuk ke perut
Segala bahan yang masuk ke perut kita memberikan kesan kepada kesihatan kita.Oleh sebab itu ,usah makan makanan yang tidak halal , manfaat dan kebersihannya.Makanan yang tidak halal pasti memudaratkan.Makanan yang tidak bermanfaat pula sekadar memuaskan lidah dan membesarkan nafsu.Makanan yang tidak bersih pula nenjadi sebab masuknya kuman kedalam badan dan mengganggu pencernaan.
Rabu, 19 Mac 2014
Antioksida dalam Teh Hijau Lebih Tinggi daripada Teh Hitam
Teh adalah minuman kesihatan yang baik.Ini kerana ia mengandungi antioksida yang dapat meneutralkan radikal bebas . Kandungan Antioksida dalam Teh Hijau Lebih Tinggi daripada Teh Hitam. Walaubagaimanapun teh juga mengandungi tannin yang menghalang penyerapan zat besi . Jadi , jangan minum teh sesudah makan sate. Ini kerana sate mengandungi zat besi yang baik bagi kesihatan. Apabila saudara minum teh sesudah makan sate ,penyerapan zat besi sate terhalang .
Jumaat, 14 Mac 2014
Barah adalah penyakit berbahaya
Barah adalah penyakit berbahaya. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan bagi menanganinya pula adalah tinggi. Jadi eloklah ia dicegah. Salah satu cara menanganinya adalah dengan memakan PASLI yang masih segar. Pasli mengandungi miristin ,asid folat dan vitamin A serta C . Pengambilan pasli mentah mengurangkan risiko barah.
Sabar dengan segala ujian melalui..
Aspek kerohanian mempengaruhi kehidupan terutamanya kesihatan mukmin. Jalan kerohanian mukmin di tandai sikap sabar dengan segala ujian melalui cara berusaha , berdoa dan bertawakal.
KETAHUILAH yang kita terdedah kepada radikal bebas ........
Lobak merah kaya dengan beta karoten iaitu sejenis antioksida yang baik. Jadi , biasakanlah meminum segelas air lobak merah setiap hari. Antioksida didalam air lobak merah dapat meneutralkan radikal bebas.KETAHUILAH yang kita terdedah kepada radikal bebas akibat pencemaran ,gelombang elektromagnetrik dan asap rokok.Pengambilan lobak merah juga menguatkan daya ingatan kanak-kanak.
Isnin, 10 Mac 2014
Memakan Pisang
Memakan pisang adalah kebiasaan yang baik. Pisang mengadungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah.Pisang juga kaya dengan serat.Ini memudahkan kita membuang air besar,Selain itu , pisang mengadungi kalium semulajadi yang baik bagi kesihatan jantung.Secara puratanya ,setiap 100 gram pisang mengandungi 400 miligram kalium. Ini cukup bagi memenuhi keperluan kalium orang dewasa.
Sabtu, 22 Februari 2014
Tidur adalah proses fisiologi....
Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Ini kerana semasa manusia tidur , organ-organ dicergaskan semula(revitalized) .Kajian mendapati apabila lambat tidur ,pencergasan semula organ terganggu. Ini kerana pencergasan semula berlaku pada waktu tidur. Tidur yang panjang pula dapat memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung ataupun angin ahmar.Tidur yang menyihatkan adalah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat pagi. Ini kerana serangan jantung dan angin ahmar sering berlaku antara jam tiga hingga enam pagi.
Jumaat, 21 Februari 2014
Persaingan dalam kehidupan moden
Persaingan dalam kehidupan moden menyebabkan tekanan atau stress yang berlebihan.Apabila saudara berasa tertekan atau runsing ,banyak-banyaklah membaca Hasbunallah wa ni'mal wakiil dengan keyakinan ALLAH pasti menolong, memenuhi keperluan dan merungkaikan kesempitan di dada saudara.Laksanakan dan buktikan kepada diri sendiri.
Sabtu, 15 Februari 2014
ADA 6 JENIS......
Ada 6 jenis emosi yang apabila dibiarkan akan memudaratkan kesihatan. Misalnya marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung. Takut yang berlebihan dapat menyebabkan kemurungan. Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang.Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru. Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati .Maka dengan mengawal emosi , badan akan menjadi bertambah sihat.
Penjagaan Kesihatan
Menjaga kesihatan adalah melindungi diri daripada udara panas dan sejuk , menghindari angin pada waktu malam dan meminimumkan kesan pencemaran. Pemakanan yang tidak seimbang sama ada kurang makan , makan secara berlebihan ataupun komposisi makanan yang tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan mengganggu keseimbangan tubuh dan mendatangkan penyakit.
Langgan:
Ulasan (Atom)